mahu apa?
bersahaja dia bercerita sambil sesekali dia menyapu mukanya dengan tangan kanannya,
bersahaja dia bercerita sambil sesekali tangan kanannya menyentuh dahinya,
telah terjumpa aku dengan kenalan yang sungguh lama tidak ketemui,
dulu sama-sama sibuk, berkejar ke sana dan ke sini,
tiada punya waktu walau untuk diri sendiri, dia kenalanku.
kini, bersua pula dengan takdirNya,
dia sudah menjadi seorang yang hartawan dengan uang yang berjuta,
aku rasa dia bahagia bersama keluarga dan perniagaannya,
sama-sama bergerak ke satu tempat untuk duduk berbual bicara,
lalu berbicaralah kami tentang 'perjalanan'.
sambil-sambil bercerita, aku bersyukur kepadaNya yang telah memberikan kebahagiaan kepada hamba-hambaNya.
lalu, atas dasar sifatNya yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,
sesekali,
terlontar akan suara-suara penyesalan daripada kenalan si hartawan yang duduk di depan mataku dan bercerita, katanya:
'cari apa sebenarnya kita ini?'
'cari apa?'
'tidak aku ketahui kejar apa aku ini?
'kejar apa?'
'mahu apa sebenarnya kita ini?'
'mahu apa?'
lalu, aku juga bertanya kepada diri aku, dia dan kamu,ya, 'mahu apa?'
credits:
1. si 'hartawan' itu
2. illustrated picture by magetankota at http://www.flickr.com/
3. kamu
2 comments:
mahu ini itu hehe :D
ria,
tidak salah jikalau kemahuan itu adalah yang itu dan yang ini,
dan selagi mana kamu tidak melakukan kerosakkan di atas muka bumi,
benar,
kamu bebas untuk memiliki apa sahaja yang kamu dambakan, tanyalah;
jalan mana yang kamu pilih?
terima kasih ria
Post a Comment