Tuesday, April 20, 2010

duhai nur




duhai nur

duhai nur yang tunduk
duhai nur yang patuh
duhai nur yang tawadduq
hadirlah, hadirlah,
mohon diidzinkan akan kehadiran,

duhai nur yang sejuk
duhai nur yang dingin
duhai nur yang damai
hadirlah, hadirlah,
mohon diidzinkan akan kehadiran,

duhai nur yang ada di sekelilingku
duhai nur yang ada di sanubariku
duhai nur yang ada di segenap liangku
hadirlah, hadirlah,
mohon diidzinkan akan kehadiran,

duhai nur yang hanya mampu hadir dengan kekuatan
duhai nur yang hanya mampu hadir dengan keikhlasan
duhai nur yang hanya mampu hadir dengan sebenarnya cinta
hadirlah, hadirlah,
mohon diidzinkan akan kehadiran,

duhai nur yang hadirnya hanya dari lampu yang ghaib
duhai nur yang hadirnya hanya keatas qalbu yang bersih
duhai nur yang hadirnya hanya keatas qalbu yang kosong lagi halus
hadirlah, hadirlah...
mohon diidzinkan akan kehadiran...


-namoyaki












credits:
1. You
2. para anbiya yang terdahulu
2. picture captured by
Connor Cimowsky 'macbook pro keyboard' at www.flickr.com
3. sahabat
4. al-faqir di 08:28

4 comments:

MADiSYAK said...

'Nur' datang sekali,
membawa erti yang tidak terhingga.
Menerangi hidup,
memandu arah perjalanan.

Nur amat bermakna,
menjadi pedoman arah perjalanan.

namoyaki said...

dan telah berfirman Allah Azzawajalla (maksudnya),

"dan sesiapa yang Allah tidak kurniakan kepadanya Nur, nescaya tidak ada baginya sebarang Nur". (Surah An-Nur:40)

selawat dan salam ke atas sayyidina Muhammad dan ahli keluarga Muhammad serta para sahabat-sahabat baginda.
tiada daya dan upaya melainkan

dan segala puji-pujian hanyalah kepada Allah Azzawajalla, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

al-sebahui said...

Nur bukanlah seperti cahaya siang...
Bukan cahaya Malam..

namoyaki said...

2 sahabat yang senantiasa cemerlang. salam hormat.