Monday, November 19, 2012

(1.2) Ketentuan


demi khudratNya,

Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

maka hadirlah diriku di sini atas takdirNya,


demi kasih dan sayangNya,

Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Mengetahui

maka berbicaralah kita di sini atas ilhamNya,


demi segala kelembutanNya,

Yang Maha Lembut lagi Maha Tertib

maka hanya DIA sahajalah yang sempurna,

tiadalah apa lagi niatku selain dari turut sama mahu mendoakan akan kepada keseluruhan kebahagiaan,


tiadalah apa lagi niatku selain dari turut sama mahu bersama-sama melayari perjalanan itu sebaik-baiknya,

tiadalah apa lagi mahuku selain dari merenung dan melihat anak mata demi mencariMu melalui perasaan-perasaan yang tersimpan di sudut hati yang paling dalam,

tiadalah apa lagi niatku, dan,

tiadalah apa lagi mahuku,

'La ila ha illa anta, subha naka inni kuntuminadzholimin', [QS:Al-Anbiyaa’: 87]

"tidak ada tuhan selain Allah, Maha Suci Allah,sesungguhnya aku termasuk orang yang zalim"

astaghfirullahiladzim,

astaghfirullahiladzim,

astaghfirullahiladzim...

bermohon ampun dan maaf andai ada terlebih bicara,

selawat dan salam kepada nabi Muhammad (Saww) dan ahli keluarga nabi Muhammad serta kepada para sahabat-sahabat nabi Muhammad dan para anbiya yang terdahulu,

mohon idzin lalu berlalu menumpang lalu di laluan,

dengan idzin Allah.


-namoyaki

No comments: